top of page

Latar Belakang

Perkhidmatan Pemeriksaan Mata One Optometry

disekitar Selangor bermula sejak tahun 2009

 

One Optometry adalah 100% syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2009. Operasi syarikat pada awalnya adalah membantu bahagian pemasaran dua buah syarikat optikal tempatan secara sambilan.
 
2011 adalah tahun bermulanya titik tolak asam garam kami sebagai sebuah syarikat yang beroperasi secara sepenuh masa di Batu Caves, Selangor, diikuti pelebaran sayap One Optometry ke bahagian utara semenanjung Malaysia di Sungai Petani, Kedah pada tahun 2012. 
 
Pada awalnya kami bermula sebagai satu-satunya syarikat optikal bergerak bumiputera yang pertama di Malaysia yang menawarkan pemeriksaan mata 100% percuma secara fleksibel kepada seluruh warga Malaysia, menjangkaui di mana pun anda berada - di rumah, syarikat korporat, badan kerajaan atau mana pun lokasi anda. Kami memenuhi setiap keperluan individu.
 
Alhamdulillah, pada akhir tahun 2014, pembukaan premis kedai cermin mata pertama kami di daerah Batu Caves di sambut baik oleh warga sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pada tahun 2015, kami telah membuka cawangan kedua di Sungai Petani.

© 2014 by OneOptometry. Proudly created with Wix.com

  • Twitter App Icon
  • Facebook App Icon

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

013-617-3292 (KL)

013-5160900 (Kedah)

bottom of page